Home » » Padam Sejarah Firefox Secara Automatik

Padam Sejarah Firefox Secara Automatik


Apabila kita menggunakan Firefox, segala segala data-data pelayaran, kata kunci carian, senarai fail yang dimuat turun, cookies dan maklumat log masuk akan disimpan oleh Firefox secara automatik. Semua simpanan data ini dikategorikan sebagai sejarah pelayaran. Ciri sejarah pelayaran ini amat berguna kepada kita, namun sekiranya kita menggunakan komputer di tempat awam seperti di cyber cafe, data yang bersifat privasi kepada kita mungkin tidak elok diperlihatkan atau diintip oleh orang lain. Jesteru itu, kita seharusnya memadam segala cache merupakan sejarah pelayaran kita selepas menggunakan komputer.
Tahukah anda bahawa kita sebenarnya boleh menetapkan sejarah ini agar dipadamkan secara automatik oleh Firefox sebaik sahaja kita selesai menggunakannya (ditamatkan/ditutup pelayar). Cara terbaik untuk memastikan maklumat peribadi anda selamat adalah dengan menetapkan Firefox supaya mengosongkan semua data-data sejarah sebaik sahaja sesi Firefox ditamatkan.
Secara default, perisian Firefox akan menyimpan sebanyak mungkin sejarah maklumat mengenai anda bagi memudahkan anda melakukan sesi pelayaran laman web. Walau bagaimanapun, dengan menyimpan semua maklumat-maklumat sejarah ini, sesiapa sahaja yang mempunyai akses ke atas perisian Firefox anda, boleh mendapatkan maklumat-maklumat peribadi anda.
Sekiranya anda melayari Internet di rumah, adalah logik untuk menetapkan Firefox supaya mengingati semua sejarah ini, bagaimanapun sekiranya anda menggunakan komputer di tempat-tempat awam seperti di pejabat, di sekolah atau di cyber cafe, adalah sangat berbahaya.
Dengan membuang sejarah atau History setiap kali anda keluar dari Firefox, keselamatan peribadi anda akan lebih dilindungi.
1) Mulakan Firefox
2) Jika pilihan untuk Menu Bar tiada dsebabkan menu default Firefox yang ringkas, munculkan opsyen Menu Bar dengan mengKLIK pada pilihan itu seperti skrin di bawah:
firefox-menubar
2) Dari menu, pilihTools -> Options.
3) Dalam tetingkapOptions, pilih tabPrivacy.

4) Di bahagianHistory, sila klik menu drop-down dan pilih Use custom settings for history.







5) Apabila aturancustom dipilih, sila tandakan pada opsyen Clear history when Firefox closes.



















6) Klik butang Settings untuk memilih jenis-jenis data yang ingin dibuang.











7) Klik OK dan OK sekali lagi untuk meyimpan aturan. Slepas ini, Firefox akan memadam terus data elepas aplikasinya di hentikan.
Sumber : http://infokomputer.net
Share this article :

2 komentar:

  1. thanks informasinya. .
    jangan lupa mampir di http://jawasehat.blogspot.com

    BalasHapus
  2. ok kawand../
    terimaksih ea,
    sering mapir kesini ea, kita saling berbagi..

    BalasHapus

Silahkan jika Anda ingin berkomentar, tapi tolong menggunakan bahasa yang sopan dan tidak spam
Terima kasih salam blogger ...

Test Footer

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Edukasi-Andi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger