Home » » Asus PadFone 2 Bakal Berada Di Pasaran Malaysia Akhir Tahun Ini

Asus PadFone 2 Bakal Berada Di Pasaran Malaysia Akhir Tahun Ini


Asus Padfone 2 yang telah pun diperkenalkan semalam 16hb Oktober, yang mana membawakan beberapa kemaskini pada gabungan peranti tablet dan juga telefon pintar itu bakal berada di pasaran Malaysia sebelum akhir tahun ini. Berita ini disahkan oleh pihak Asus yang mana pelancaran dijangkakan pada bulan Disember nanti.
telefon pintar asus padphone 2
Selain daripada Malaysia, negara jiran, Singapura dan juga Thailand turut sama akan menerimanya pada tahun ini juga, bersama-sama dengan lebih kurang 16 negara yang lain di seluruh dunia.
Asus Padfone 2 didatangkan dengan telefon pintar bersaiz 4.7-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz Snapdragon S4, kamera 13-megapixel, serta tablet bersaiz 10.1-inci dengan kemudahan untuk dock telefon pintar berkenaan. Ia turut disertakan dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan Asus mengatakan akan memperkenalkan Jelly Bean untuknya tidak lama lagi.
Kepada sesiapa yang tidak dapat bersabar untuk mengetahui speskasi dan kualiti produk Asus PadFone 2 ini, sila layan Video di bawah dan untuk artikel reviu, boleh layari  laman web TechRadar


Share this article :

0 komentar:

Posting Komentar

Silahkan jika Anda ingin berkomentar, tapi tolong menggunakan bahasa yang sopan dan tidak spam
Terima kasih salam blogger ...

Test Footer

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Edukasi-Andi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger