
Berita menggembirakan buat sesiapa yang sentiasa bergerak dan “on the
go”. Microsoft dijangka melancarkan produk Microsoft Office untuk Apple
iOS dan Android pada penggal pertama tahun depan iaitu Mac, 2013.
Berita ini dikhabarkan oleh Pengurus Produk Microsoft, Petr Bobek kepada
sebuah laman web teknikal Republik Czech, The Verge. Berdasarkan hasil terjemahan daripada blog tersebut, teks berkenaan Office ini ditulis sebagai:
“In addition to Windows, Office will be also available on other
operating systems, Windows Phone, Windows RT, Mac OS, Android, iOS and
Symbian.”
“Office 365 services and other Office products for mobile (phones and tablets) will be released from March 2013.”
Ini jelas bermakna semua pengguna gajet elektronik seperti telefon
pintar dan tablet yang berasaskan iOS,Android dan Symbian bakal mendapat
sentuhan Microsoft dalam pakej Officenya, seterusnya meneruskan
penguasaan dan kesinambungan Microsoft dalam bidang aplikasi pejabat
untuk komputer desktop, notebook dan kini telefon pintar dan tablet
pula.
Ia juga menyatakan bahawa perisian Office 2013 untuk Bisnes boleh
diperolehi seawal Disember 2012 ini, manakala pengguna biasa bakal
memperolehinya seawal bulan Februari tahun depan. Rumor tentang Office
untuk iPad mula kedengaran tahun lepas di mana akhbar The Daily telah
mengesahkan sudah melihat aplikasi tersebut digunakan pada iPad. Bermula
daripada itulah, timbul desas-desus yang Office untuk iPad dan Android
Tablet bakal muncul pada November 2012. Namun tiada pengesahan rasmi
dibuat oleh pihak Microsoft. Mungkin kita akan mengetahui banyak info
lagi sempena pelancaran Windows 8 pada 26 hb Oktober nanti.
Sumber: The Verge
|Semoga Bermanfaat|Salam edukasi-andi|
0 komentar:
Posting Komentar
Silahkan jika Anda ingin berkomentar, tapi tolong menggunakan bahasa yang sopan dan tidak spam
Terima kasih salam blogger ...